Adakah anda menggunakan broadband? Adakah anda betul-betul tahu apa itu broadband? Kalau korang kata Broadband ialah Celcom, Maxis atau DiGI ataupun korang kata Broadband ialah wireless. Anda memang SALAH! Broadband bukanlah bermaksud wireless dan tak terikat dengan mana-mana penyedia Internet wireless. Broadband dalam bahasa melayu ialah Jalur Lebar. Jalur lebar dalam tekomunikasi berkaitan dengan jumlah data yang dapat di bawa dalam satu-satu masa, lebih lebar lebar jalur itu maka lebih banyak data dan bandwidth boleh dibawa. Dalam term Internet, Broadband Internet ialah teknologi yang dapat menyalurkan data yang besar dalam satu-satu masa berbanding dengan dial-up.
Tag Archive for 'streamyx'
Pagi tadi aku pergi ke TM Point untuk upgrade pakej streamyx dari 2Mbps ke 4Mbps. Aku jumpa link kepada iklan promosi ini somewhere di internet beberapa minggu lepas. Hajat datang ke TM Point pagi tadi untuk upgrade streamyx ke 4Mbps sempena promosi tu, tapi rupanya aku tak layak sebab kurang satu bulan menjadi pengguna streamyx.
Promosi tu memerlukan sekurang-kurangnya kita telah melanggan stramyx selama setahun. Aku tak balik je dengan tangan kosong, alang-alang dah sampai kat TM Point tu, aku upgrade ke 4Mbps terus dengan harga biasa tanpa promosi. So sekarang sedang menunggu kontraktor streamyx datang ke rumah untuk buat kerja dia, melayang lagi RM88. So, nantikan update seterusnya, rasanya kawasan rumah aku tu support je untuk speed 4Mbps. Kalau tak dapat jugak 4Mbps, kita kasi potong jela :)
Rambling, Rambling, Rambling…
Upgrade apa? Request untuk upgrade streamyx kat rumah aku ni dari 1Mbps ke 2Mbps yang aku buat pada awal bulan Mei 2009 di TM Point. Baru dua hari lepas selesai upgrade. Masa yang begitu lama diambil untuk proses, aku ingat diaorg dah lupa kot order aku.. so aku buat tak tahu jela, sebab 1Mbps pun masih OK, aku saje gatal nak 2Mbps sebab bila internet di kongsi, terasa kelembapan semasa melayari internet, terutama ketika melihat video2 dan juga semasa bermain game online.. video ape? Video kat youtube la, bukan benda lain, Hahaha…
Masa orang stimix datang tu aku tanya pasal modem wireless yang macam dalam iklan tu, yang Streamyx WiFi@Home. Dia kata kalau nak modem tu kena pegi TM Point, huhu. Aku tanpa berfikir panjang membuat keputusan untuk menukar ke modem WiFi, sebab sekarang ni aku share internet di rumah menggunakan Wireless USB, menggunakan teknik Peer to Peer, agak susah kalau PC aku ditutup, so yang berkongsi Internet tu pun terputus la. Tak kena bayaran pun nak tuka.
Dua hari lepas selesai semua proses upgrade, dan modem pun telah ditukar. Aku tak kisah sangat pun diorg lambat 2 bulan, sebab aku bukan terdesak sangat nak upgrada tu, tapi 2 bulan menunjukkan TM ni kurang peka. Problem2.. nasib baik lah aku orang yang cool, hahaha.. kalau tak dah lama kena maki installer stimix tu..
Ini result daripada speedtest yang baru aku buat tadi. Continue reading ’2Mbps perlu 2bulan?’
Email dari TMnet streamyx, aku baca email ni 1st time agak pening.. baca kali kedua.. paham sket2.. baca kali ketiga.. hmm.. phm kot.. ntah, biar jela..
lepas 2 hari aku baca balik email ni baru betul2 paham.. wakaka.. THIS dalam email tu bermaksud email phising yang dihantar, bukan email yg dia hantar ni. aiya.. TM, macam mana lu tulis surat ni?
“This” tu kalau baca sekali imbas bermaksud “email ini” – email yang dia hantar ni la, bukan email phising yg dia nak maksudkan.. huhu..
Sebelum ke tajuk utama, aku nak bagi tahu, Aku baru je upgrade wordpress ni ke version 2.7. Agak terkejut selepas mengupgrade sebab tengok admin panel dah bertukar wajah, nampak lebih clean dan canggih. Memang best, sekarang ni nak tunggu WordPress 2.7 untuk versi MU pulak nak install utk budak2 yang host blog kat jomz.net tu.
KB dan Kb? Apa beza?
Kembali ke tajuk utaam. Apa yang aku nak bagi tahu ini ialah istilah yang biasa kita guna dalam dunia Internet iaitu KB, Kb, Mb dll. Ada beza ke KB dan Kb? Ada beberapa orang yang agak keliru dengan huruf kecil b dan huruf besar b tu. K seperti mana semua orang tahu ialah Kilo, B (besar) ialah Byte dan b (kecil) ialah bit.
Apa beza bit dan byte? Ok, satu byte bersamaan dengan 8 bit, satu bit ialah satu bit lah. Contoh kalau pakej streamyx korg adalah 1Mbps. Kelajuan maksima yang akan korg dapat ialah 128KB atau 1024Kb. Perkara ni sama juga kalau guna Mb, MB, Gb, GB dll. So sekarang dah faham?
Terima Kasih, sampai disini sahaja entri pendek kali ini.







Komen Terkini