Kenapa blog ni? hah!!

Tajuk tu bukan bermaksud perasaan marah dan bukan juga melepaskan kemarahan, tak marah pun. Sejak blog ni live, aku dapat banyak pertanyaan pelik-pelik dari member-member yang baca blog aku. Kebanyakannya soalan yang sama ditanya, dah penat aku nak jawab. Jadi aku terfikir, baik aku tulis siap-siap kat blog ni, kalau tanya bagi je link pegi entri blog ni, senang kerja aku. Aku tak marah pun ko nak tanye, tanya je takde hal lah. Tapi ntah mengapa jiwa ini tidak dapat menerima soalan yang sama dilontarkan berkali-kali menyebabkan perasaan kurang senang, hahaha. Bagi yang masih belum tahu, Blog beralamat www.imiahus.com ini adalah domain baru aku, dulu aku guna www.suhz.net. Harap maklum. Antara soalan-soalan yang ditanya…

Mana Shoutbox kat blog ko?“, “ko tak reti nak letak shoutbox ke kat blog ko tu?“.
Aku tau, hampir setiap blog ada shoutbox, memang la korg boleh sembang-sembang kat situ, boleh jerit2 suka hati korang, tapi aku malas nak letak kat blog aku ni. Sebab utama, aku tak nampak pun shoutbox tu satu keperluan, macam tak ada gunanya. Dulu aku pernah letak, orang datang untuk mengiklan je. Bkn ade kaitan dengan blog aku pun. Aku rasa, kalau korang nak jerit-jerit apa-apa, sila isi kotak komen yang berada di bawah setiap blog post aku tu, dan send. Ok kan? Korg rasa aku perlu letak balik ke shoutbox? perlu ke?

Apsal ko tak letak iklan kat blog ko?, ko tau tak ko bleh dpt duit dgn blog?
Ye, aku tau la boleh dapat duit kalau letak iklan-iklan tu, aku pernah guna advertlets & nuffnang, innity & admaxasia pun ada tapi innity aku letak tempat lain la bukan blog ni. Tapi kenapa aku tak letak kat blog ni? Haaa.. Sebenarnya aku lagi suka blog ni tak ada iklan, nak loading pun laju, ni pun tempat aku saja-saja nak post apa-apa yang aku nak share. Lagipun, Advertlets yang aku register hampir 1 setengah tahun dulu tak sampai RM100 pun. Nuffnang baru sekali je cashout, itupun selepas setahun baru dapat RM50. Lain lah kalau traffic blog aku macam encik Khai ni, baru ada hasil yang lumayan. Tapi aku berblog pun sekadar hobi, utk suka2 je. Harap anda faham :D
//kalau blog anda traffic banyak, aku syorkan korang daftar kat innity, masyuk woo : )

kenapa suhz.net redirect pegi imiahus.com?
Kenapa? Sebab aku tuka domain baru lah. dot com lagi bes dari dot net kan? Ntah, aku taktau kenapa aku tukar nama domain. Ye, aku aku suhz, dengan blog suhz.net tapi sekarang dah lain, nama saya suhz, dan blog saya imiahus.com bukan suhz.net ye.

3 Responses to “Kenapa blog ni? hah!!”


Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: