Archive for the 'linux' Category

How to install nginx + php-fpm

Rasanya entri terakhir sebelum entri ni ialah 2 bulan lepas, sekarang dah bulan 5, aku rasa inilah tempoh paling lama aku tak jenguk blog aku. Mungkin sejak aku memiliki seketul blackberry atau mungkin juga sebab terlalu sibuk, blog ni dilupakan. Aku baru login tadi, baru nak approve komen-komen yang terkandas. Untuk pembukaan bulan 5 ni, aku nak post satu tutorial mengenai bagaimana untuk install nginx bersama php-fpm.

Bagi siapa-siapa yang masih tidak tahu, engine x atau lebih dikenali sebagai nginx ialah web server oleh Igor Sysoev seorang warga Rusia. nginx ni sangat ringan, pantas dan sangat stabil. Tak makan banyak memory. Aku dah menggunakan nginx lebih 1 tahun lebih untuk pelbagai projek-projek laman web alternatif bagi Apache. Sesuai untuk laman web yang sangat sibuk. PHP-FPM pula ialah process manager untuk PHP bagi yang menggunakan nginx. Semua request untuk php akan diforward ke PHP-FPM.

Continue reading ‘How to install nginx + php-fpm’

grub rosak (Fedora)

Semalam masa aku nak boot laptop aku, aku menjangkakan grub bootloader akan keluar, nak masuk ke Windows. Tapi benda lain yang keluar, gambar seperti di bawah ni yang keluar.  Cara-cara nak restore balik grub? klik “Read More”.

image credit to Ahls.

Linux distro yang aku guna ialah Fedora 12. Dual boot dengan Windows 7. Continue reading ‘grub rosak (Fedora)’

Earth Hour, Padamkan Blog

Cerita pasal Earth Hour 2009, aku ada tengok satu video earth hour kat youtube smalam, dalam video tu ternampak ada web Google degan Myspace gelap, dia jadi tema hitam masa Earth Hour 2008.

untitled-1

So aku ingat, ape kata kita blogger2 kat Malaysia ni, tukar background blog masing-masing pada 28hb March 2009 kepada warna hitam, lagi bagus kalau korg bleh edit semuanya jadi hitam :D Itu hanya cadangan aku jela, mesti nampak cool bila kita surf blog-blog  pada 28hb, semuanya sama, hitam. amacam? ok tak kalau buat macam tu?

Roti Hi-5 Jijik

Ape yang korg nampak kat bawah ni yang aku pasti ialah salah satu bahagian banguan kat kilang roti Hi-5. Kotor gile wehh.. nasib baik la aku tak penah menjamah pun roti hi-5 nih.

hi5

Aku rompak gamba ni dari blog JustKhai, kalu korg nak tengok lagi gamba-gamba hi5 ni pegi la kat blog dia.. iewww, tak lalu den nak makan.. nak muntah rasonye.

Projek Suhz?

Ouh, aku baru setel mengemaskini laman web client , dah abis ni diorg nak mintak bina lagi satu web pulak. Hoho. Projek lain, masih ade lagi projek yang terbengkalai, akupun tak ingat apekah ia, sebab terlalu banyak, dia sedang melayang-layang dalam kepala otak ku ini.

Akhir sekali aku nak menjemput anda semua beramai-ramai ke TBDSecurity.com, laman yang membincangkan tentang keselamatan laman web dan yang seangkatan dengannya. baru tiga bulan penubuhan domain tbd ni dah ade plak orang indo yg anti dengan TBD ni.. hehe, kesian mereka.

7.2Mbps DiGi Broadband?

Harini masa jalan-jalan kat web netcraft, aku jumpa web bob.my, dia ade post pasal RediscoverBroadband. Tengok macam DiGi punya. Tapi rasa was-was pulak, sebab setahu aku DiGi hanya ada EDGE dah takde UMTS (3G) atau HSDPA(3.5G), macam mana dia boleh offer speed sampai 3.6 Mbps dan trial 7.2Mbps.. huhu. DIa punya quota pun lebih banyak dari Maxis Broadband iaitu 50GB/mo, kalau nak buat downlod2 pun mmg cukup. Kalau dia boleh maintain speed tu over 2Mbps aku rasa mmg berbaloi pakai dengan harga RM128/bln dia. Dengan bertemakan “Rediscover what broadband should be“, mcm bob cakap, memang kelakar tengok kura-kura tu :D

digibb

Chevna – Malaysian Linux

chevna

Chevna adalah distro linux yang dibuat di malaysia. Kelebihan Chevna berbanding distro lain adalah lebih user-friendly dan sangat sesuai untuk user yang sudah biasa menggunakan Windows®

Chevna juga membenarkan user untuk meng”install” aplikasi windows®. Selain selamat daripada virus yang bersepah didalam Windows®

Antara key-features Chevna: Continue reading ‘Chevna – Malaysian Linux’

Ubuntu: Cuba dulu baru install

UbuntuKebanyakan distro Linux sekarang seperti Ubuntu dan Fedora dilengkapi dengan Live CD, dimana anda boleh mencuba dulu Sistem Operasi (OS) tersebut sebelum meng’install’nya.

Bukan nak tipu, cara-caranya adalah sangat, sangat, sangat lah senang. Tapi, mungkin ada juga yang kurang faham tentang perkara ni. So, aku tunjukkan beberapa step serta screen untuk start LiveCD Ubuntu ni.

Continue reading ‘Ubuntu: Cuba dulu baru install’

Beza Ubuntu – Kubuntu, Edubuntu, Xubuntu

UbuntuPasti ramai penah dengar Ubuntu kan? Ape dia buntu-buntu ni? Ubuntu ialah Sistem Operati (OS) sama macam Windows juga, Windows juga ialah sistem operasi. Ubuntu adalah antara distro Linux yang paling popular masa kini, ia dibina berasaskan kepada Sistem Operati percuma yang terdahulu iaitu Debian. Kini Ubuntu boleh didapati dengan lebih 55 terjemahan. Ubuntu ditaja oleh Canonical Ltd. yang dimiliki oleh seorang usahawan Afrika Selatan yang bernama Mark Shuttleworth. Walaupun Ubuntu ialah distro Linux yang amat popular, usianya masih lagi mudah kerana, ubuntu mula dikeluarkan pada 24 April 2008. Versi terkini Ubuntu pada masa ini ialah ‘Ubuntu 8.04 LTS’.

Continue reading ‘Beza Ubuntu – Kubuntu, Edubuntu, Xubuntu’