Archive for the 'Internet' Category

Apa itu Broadband?

Adakah anda menggunakan broadband? Adakah anda betul-betul tahu apa itu broadband? Kalau korang kata Broadband ialah Celcom, Maxis atau DiGI ataupun korang kata Broadband ialah wireless. Anda memang SALAH! Broadband bukanlah bermaksud wireless dan tak terikat dengan mana-mana penyedia Internet wireless. Broadband dalam bahasa melayu ialah Jalur Lebar. Jalur lebar dalam tekomunikasi berkaitan dengan jumlah data yang dapat di bawa dalam satu-satu masa, lebih lebar lebar jalur itu maka lebih banyak data dan bandwidth boleh dibawa. Dalam term Internet, Broadband Internet ialah teknologi yang dapat menyalurkan data yang besar dalam satu-satu masa berbanding dengan dial-up.

Continue reading ‘Apa itu Broadband?’

Google Translate kini dengan Bahasa Malaysia

translate_logoSyarikat gergasi Internet, Google mengumumkan sembilan bahasa baru telah ditambah ke dalam Google Translate termasuklah Bahasa Malaysia. 8 bahasa lain yang telah ditambah ialah Afrikaans, Belarusian, Icelandic, Irish, Macedonian, Swahili, Welsh dan Yiddish. Dengan penambahan 9 bahasa baru ini menjadikan jumlah bahasa yang terdapat di Google Translate ialah 51 jenis.

Google berkata “Kualiti terjemahan bahasa yang baru ditambah agak kasar, tapi akan bertambah baik dari masa ke masa. Dan kami akan sentiasa menambah baik kualiti terjemahan untuk semua bahasa di dalam Google Translate.”

Google translate ialah aplikasi yang dibangunkan oleh google untuk menterjemahkan daripada satu bahasa lain ke satu bahasa yang lain. Memang dah lama aku tunggu Bahasa Malaysia nak ditambah ke dalam Google Translate, akhirnya masuk juga. Kalau korg cuba translate blog ni ke bahasa Inggeris, blog ni akan menjadi agak kelakar sebab terjemahannya agak kasar dan lebih kepada bulat. Satu lagi masalah ialah, banyak bahasa singkatan atau shortform yang selalu kita gunakan, Google tak faham. Ape kata korg cuba klik link ini. Cuba tengok sendiri hasil terjemahan dia.  Boleh tergelak aku baca.

Aku harap dalam masa hadapan Google Translate akan terjemahkan Bahasa Malaysia dengan lebih baik. Bagi yang tak tahu, selain Google Translate, terdapat juga laman web yang menterjemahkan Bahasa Malaysa ke English seperti CitCat dan memang dah lama aku guna web ni untuk translate ayat-ayat yang aku tak tahu.

Macam mana korg boleh bantu Google untuk menambah baik terjemahan Bahasa Malaysia? Salah satunya ialah dengan menyumbang atau membetulkan terjemahan yang dibuat oleh google. Kalau korg terjemahkan laman web, hover mouse ke text yang korg rasa tak betul, dah klik “contribute translation”.

Selain itu, google juga memperkenalkan terjemahan secara automatik untuk google docs. Google docs membolehkan kita menyimpan word processing, spreadsheet dan lain.

Cleverbot

cleverbotAku jumpa sesuatu yang sangat menarik harini. Benda ni dipanggil CleverBot, budak2 forum tbd yang heboh benda ni, aku pun try la. Cleverbot ni ialah satu web yang mana kita boleh tanye soalan dan bot tu akan jawab pertanyaan kita. Tapi kadang2 soalan lain yang ditanya, lain yang dijawab, maklumlah robot kan.. haha.

Lepas try beberapa minit main dengan benda ni, aku tergerak hati untuk tanya bot ni dalam bahasa melayu, aku ingat mesti dia balas merapu2 dalam bahasa omputeh punye, skali dia balas dalam bahasa melayu gak haha. Makin syok la aku layan benda ni. Continue reading ‘Cleverbot’

Apa ada disebalik Fotopages?

Tahukan korg bahawa laman web Fotopages.com yang popular dikalangan penggemar foto diserata dunia termasuklah negara2 Islam adalah milik sebuah syarikat di asia barat?

Cuba korg pergi ke website ni http://whois.domaintools.com/, then masukkan domain “fotopages.com”  then klik Lookup!

scroll bawah sket.. tengok kat Indexed data, macam dalam gambar kat bawah ni.

untitled-2

Wow, Malaysia ialah negara yang paling tinggi mengunjungi Fotopages.com? Scroll bawah lagi sampai server data, tadaa… korg akan nampak maklumat seperti gambar kat bawah ni. Apakah yang keluar disitu? Continue reading ‘Apa ada disebalik Fotopages?’

Earth Hour WordPress Theme

Harini ialah tarikh keramat earth hour, pastikan semua menutup lampu pada 8.30PM sehingga 9.30PM, bukan lama pun, satu jam je bergelap. Ni theme yang aku jumpa di laman web earth hour. So sesiapa yang nak menggunakannya boleh la download, tapi aku tak pakai theme ni, sbb aku lebih suka dengan theme aku sekarang : )

earthhour

WordPress theme Earth Hour 2009 yang dibuat oleh Noktah Hitam

Download disini: Continue reading ‘Earth Hour WordPress Theme’

Earth Hour, Padamkan Blog

Cerita pasal Earth Hour 2009, aku ada tengok satu video earth hour kat youtube smalam, dalam video tu ternampak ada web Google degan Myspace gelap, dia jadi tema hitam masa Earth Hour 2008.

untitled-1

So aku ingat, ape kata kita blogger2 kat Malaysia ni, tukar background blog masing-masing pada 28hb March 2009 kepada warna hitam, lagi bagus kalau korg bleh edit semuanya jadi hitam :D Itu hanya cadangan aku jela, mesti nampak cool bila kita surf blog-blog  pada 28hb, semuanya sama, hitam. amacam? ok tak kalau buat macam tu?

Roti Hi-5 Jijik

Ape yang korg nampak kat bawah ni yang aku pasti ialah salah satu bahagian banguan kat kilang roti Hi-5. Kotor gile wehh.. nasib baik la aku tak penah menjamah pun roti hi-5 nih.

hi5

Aku rompak gamba ni dari blog JustKhai, kalu korg nak tengok lagi gamba-gamba hi5 ni pegi la kat blog dia.. iewww, tak lalu den nak makan.. nak muntah rasonye.

Projek Suhz?

Ouh, aku baru setel mengemaskini laman web client , dah abis ni diorg nak mintak bina lagi satu web pulak. Hoho. Projek lain, masih ade lagi projek yang terbengkalai, akupun tak ingat apekah ia, sebab terlalu banyak, dia sedang melayang-layang dalam kepala otak ku ini.

Akhir sekali aku nak menjemput anda semua beramai-ramai ke TBDSecurity.com, laman yang membincangkan tentang keselamatan laman web dan yang seangkatan dengannya. baru tiga bulan penubuhan domain tbd ni dah ade plak orang indo yg anti dengan TBD ni.. hehe, kesian mereka.

7.2Mbps DiGi Broadband?

Harini masa jalan-jalan kat web netcraft, aku jumpa web bob.my, dia ade post pasal RediscoverBroadband. Tengok macam DiGi punya. Tapi rasa was-was pulak, sebab setahu aku DiGi hanya ada EDGE dah takde UMTS (3G) atau HSDPA(3.5G), macam mana dia boleh offer speed sampai 3.6 Mbps dan trial 7.2Mbps.. huhu. DIa punya quota pun lebih banyak dari Maxis Broadband iaitu 50GB/mo, kalau nak buat downlod2 pun mmg cukup. Kalau dia boleh maintain speed tu over 2Mbps aku rasa mmg berbaloi pakai dengan harga RM128/bln dia. Dengan bertemakan “Rediscover what broadband should be“, mcm bob cakap, memang kelakar tengok kura-kura tu :D

digibb

Google.com kena hack!!!

Semua orang tau laman web Google, ape2 maklumat pun mesti nak cari kat google, kalau takde google kira tak lengkaplah pengalaman korg dengan internet. Google.com yang berstatus syarikat gergasi antarabangsa dengan beratus-ratus server yang bersepah di lebih 50 data center merata dunia. Tak mungkin mereka memandang remeh tentang keselamatan laman web mereka kan?

Percayakah korg, semalam 07 March 2008, Google telah di hack oleh seorang hacker yang tidak dikenali daripada TBDSecurity? Hacker tersebut telah menukar semua perkataan dalam google menjadi tulisan yang pelik dan susah untuk difahami. Kat bawah ni adalah screenshot laman web Google semasa dihack.

Google got Hacked

gambar kat bawah ni kat page google, “Add your URL”

google_hax3

Walaupun staf-staff google dapat mengesan hacker ini dan telah membetulkan semula page-page Google hanya 10 minit selepas dihack. Jejak hacker ini masih lagi boleh dilihat di url ni http://google.com/hacked_.html

Akupun tak tahu kenapa staff/admin laman web google masih tidak membuang page tu.

Continue reading ‘Google.com kena hack!!!’

Wakoopa

logo_highresAku nak kongsi satu benda yang aku rasa sangat menarik, iaitu Wakoopa. Aku terjumpa benda ni masa tengah meng’Google’ nama sendiri (suhz) haha. Tiba-tiba keluar pulak ‘Suhz Network’ di ‘search result’ Google tu. Aku pun pelik la, then dengan perasaan ayng pelik terus mengklik, dan keluar laman web Wakoopa ni. Kat situ dia tulis Suhz Network sebagai nama company utk software JomzRO2 Launcher.  Sebenarnya software “JomzRO2 Launcher” ni memang aku yang buat menggunakan programming language C Sharp (C#) untuk private server Ragnarok Online 2  JomzRO2 aku, tapi tak sangka pulak masuk kat sini.

OK, mesti semua tertanya-tanya apa benda Wakoopa ni? wakoopa ni adalah Continue reading ‘Wakoopa’

WP: Letak ads dlm 1 post.

Letak ads di dalam post dkt main page, dkt satu post je. (Mcm dalam blog ni, mcm dalam gambar kat seblah kanan ni) dekat WORDPRESS. Benda ni memang senang je nak buat kalau seseorang tu tahu php programming. Tapi kepada tak tahu, maybe agak sukar untuk memikirkan benda ni. Ade orang tanya macam mana aku buat benda ni. So, ni aku tunjukkan.

Aku memang taktau macam mana nak terangkan tapi korg tengok je la illustration yang aku buat tu, letak kod mcm dalam illustration tu. Maybe boleh faham. Kalau tak faham juga sila tanya.

Continue reading ‘WP: Letak ads dlm 1 post.’