Adakah anda menggunakan broadband? Adakah anda betul-betul tahu apa itu broadband? Kalau korang kata Broadband ialah Celcom, Maxis atau DiGI ataupun korang kata Broadband ialah wireless. Anda memang SALAH! Broadband bukanlah bermaksud wireless dan tak terikat dengan mana-mana penyedia Internet wireless. Broadband dalam bahasa melayu ialah Jalur Lebar. Jalur lebar dalam tekomunikasi berkaitan dengan jumlah data yang dapat di bawa dalam satu-satu masa, lebih lebar lebar jalur itu maka lebih banyak data dan bandwidth boleh dibawa. Dalam term Internet, Broadband Internet ialah teknologi yang dapat menyalurkan data yang besar dalam satu-satu masa berbanding dengan dial-up.
Archive for the 'Info' Category
Bagi yang dah biasa guna OpenDNS mesti akan cakap pengalaman melayari Internet rasa lebih pantas kerana masa untuk resolve sesuatu laman web daripada nama domain kepada IP lebih singkat. Ada juga yang berpendapat Google Public DNS lebih pantas daripada OpenDNS, dan secara peribadi aku lebih menggemari Google Public DNS kerana response lebih cepat dan tidak ada sebarang iklan atau page jika domain yang kita lawat tidak dijumpai. Keep it simple, tu yang aku suka dengan google ni, syg google.. wahaha
Apa benda DNS ni? DNS ialah satu pelayan yang kerja dia ialah menterjemahkan alamat domain kepada IP, setiap orang yang melayari internet akan menggunakan dns ini semasa melayari internet samada sedar atau tidak. Secara default, pihak ISP telah membekalkan kita dengan IP DNS mereka. Tapi kadang-kadang dns server yang disediakan oleh ISP ni kurang memberikan respon dan menyebabkan pengalaman melayari Internet agak perlahan masa mula-mula nak buka web tu.
Hari ini aku nak share satu software dimana software ni akan mengesan DNS server yang memberikan respon terpantas dan yang terbaik dari PC kita. Nama software ni ialah Continue reading ‘DNS Server Paling Pantas?’
Hari ini, google melancarkan perkhidmatan barunya iaitu DNS Resolver. Google Public DNS ialah usaha Google untuk menjadikan pengalaman melayari Internet dengan lebih pantas. Tugas DNS ialah menterjemahkan semua alamat laman web kepada IP, contoh jika anda ingin melayari www.imiahus.com, komputer anda akan meminta DNS apakah alamat IP kepada www.imiahus.com, dan DNS akan memberikan komputer anda dengan jawapan 210.48.154.48. Kebiasaannya, DNS telah diuruskan secara automatik oleh ISP, tapi kita boleh mengubah setting jika tidak ingin menggunakan DNS yang disediakan oleh ISP.
Servis ini lebih kurang macam servis yang disediakan oleh OpenDNS, cuma bezanya tak ada page2 fancy yang akan muncul jika salah taip domain. Untuk menggunakan Google Public DNS, anda perlu menukar setting DNS pada network komputer anda kepada 8.8.8.8 and 8.8.4.4. Untuk maklumat lanjut sila lawat http://code.google.com/speed/public-dns/
sumber: Google
MySpace telah pun memperkenalkan servis emailnya yang tersendiri kepada para penggunaa dengan menggunakan alamat @MySpace.com. Myspace telahpun membuka untuk pemilihan nama email. Nama email yang dipilih adalah sama dengan alamat URL pengguna. Oleh kerana nama email pengguna sama dengan URL profile myspace. Secara tak langsung boleh menggunakan cara ini untuk menukar alamat profile myspace kita.
MySpace Mail masih lagi dalam peringkat beta, jadi kepada siapa-siapa yang nak daftar tu boleh la klik “Mail” di Myspace. Di bahagian atas kanan ada notis untuk memilih nama email, klik je dan ikut apa yang dia tulis.
Aku dah pun dapat email sendiri @myspace.com, dan dapat juga menukar URL profile myspace ni setelah sekian lama teringin nak menukar. Huhu.
Selalu kita download macam-macam benda dari Internet, dan kadang-kadang ada software yang ditanam dengan virus, spyware, malware dan lain2 sampah sarap terutamanya kalau download dari warez. Ada satu software ni, nama dia Sandboxie. Software ni berfungsi mengasingkan program yang kita buka dari program-program lain di dalam komputer. Apa-apa pun yang terjadi dalam sandboxie ni tak akan berjangkit ke program lain atau windows.
Menurut web sandboxie, kita boleh run browser dalam sandboxie, dan dilindungi oleh sandboxie. Ini bermakna kalau ada apa-apa content yang kita download ada benda asing, dia akan kekal dalam sandboxie dan tak akan menjangkiti komputer.
Salam semua, semalam aku dapat email daripada sesorang mengatakan DomainRegistry akan mengadakan promosi potongan 50% untuk semua domain .my Samaada untuk pendaftaran baru ataupun untuk memperbaharui domain.
Promosi potongan harga 50% dari harga asal, promosi ini akan bermula dari 20 Julai 2009 akan berakhir pada 4 September 2009 ini.
Marilah ramai-ramai mendaftar .my, balun nama bes2.. Ingat, jangan membazir sudah :D
Terms and Conditions
1. Valid for all domain name categories
2. Valid for new domain name registration during promotion period
3. Valid for renewal of current domain names
- Domain names expiring on 20th July 2009 to 31st December 2009
- Only 1 year renewal is allowed during promotion period
- No advance payment allowed
4. All registrations and renewals must be done during this promotion period to qualify for the discount (20th July 2009 – 4th September 2009)
5. Payment made is non refundable, non transferable
Please do not hesitate to email billing@domainregistry.my or call us at 03-8991 7272 if you have any query at all.
sumber: domainregistry
Google bakal melancarkan sistem operasi barunye pada 2010. Tak cukup dengan browser chrome, google sekarang nak buat sistem operasi baru pula. Sistem operasi baru ini akan dikenali sebagai Chrome OS. OS ni adalah berlainan dengan Android yang dibangunkan oleh google sebelum ini.
Chrome OS akan diedarkan dalam bentuk sumber terbuka (open source) dan sasaran utama ialah untuk menjadikan sistem operasi yang laju ringan dan sesuai untuk netbook. Source code untuk Chome OS dijangka dilepaskan pada akhir tahun ni dan dijangka awal tahun 2010 kebanyakan netbook dipasaran akan dimuatkan dengan Chrome OS.
Chrome OS akan dilengkapi dengan Continue reading ‘Sistem operasi Google Chrome OS’
Tahukan korg bahawa laman web Fotopages.com yang popular dikalangan penggemar foto diserata dunia termasuklah negara2 Islam adalah milik sebuah syarikat di asia barat?
Cuba korg pergi ke website ni http://whois.domaintools.com/, then masukkan domain “fotopages.com” then klik Lookup!
scroll bawah sket.. tengok kat Indexed data, macam dalam gambar kat bawah ni.

Wow, Malaysia ialah negara yang paling tinggi mengunjungi Fotopages.com? Scroll bawah lagi sampai server data, tadaa… korg akan nampak maklumat seperti gambar kat bawah ni. Apakah yang keluar disitu? Continue reading ‘Apa ada disebalik Fotopages?’
Cerita pasal Earth Hour 2009, aku ada tengok satu video earth hour kat youtube smalam, dalam video tu ternampak ada web Google degan Myspace gelap, dia jadi tema hitam masa Earth Hour 2008.

So aku ingat, ape kata kita blogger2 kat Malaysia ni, tukar background blog masing-masing pada 28hb March 2009 kepada warna hitam, lagi bagus kalau korg bleh edit semuanya jadi hitam :D Itu hanya cadangan aku jela, mesti nampak cool bila kita surf blog-blog pada 28hb, semuanya sama, hitam. amacam? ok tak kalau buat macam tu?
Roti Hi-5 Jijik
Ape yang korg nampak kat bawah ni yang aku pasti ialah salah satu bahagian banguan kat kilang roti Hi-5. Kotor gile wehh.. nasib baik la aku tak penah menjamah pun roti hi-5 nih.

Aku rompak gamba ni dari blog JustKhai, kalu korg nak tengok lagi gamba-gamba hi5 ni pegi la kat blog dia.. iewww, tak lalu den nak makan.. nak muntah rasonye.
Projek Suhz?
Ouh, aku baru setel mengemaskini laman web client , dah abis ni diorg nak mintak bina lagi satu web pulak. Hoho. Projek lain, masih ade lagi projek yang terbengkalai, akupun tak ingat apekah ia, sebab terlalu banyak, dia sedang melayang-layang dalam kepala otak ku ini.
Akhir sekali aku nak menjemput anda semua beramai-ramai ke TBDSecurity.com, laman yang membincangkan tentang keselamatan laman web dan yang seangkatan dengannya. baru tiga bulan penubuhan domain tbd ni dah ade plak orang indo yg anti dengan TBD ni.. hehe, kesian mereka.
Harini masa jalan-jalan kat web netcraft, aku jumpa web bob.my, dia ade post pasal RediscoverBroadband. Tengok macam DiGi punya. Tapi rasa was-was pulak, sebab setahu aku DiGi hanya ada EDGE dah takde UMTS (3G) atau HSDPA(3.5G), macam mana dia boleh offer speed sampai 3.6 Mbps dan trial 7.2Mbps.. huhu. DIa punya quota pun lebih banyak dari Maxis Broadband iaitu 50GB/mo, kalau nak buat downlod2 pun mmg cukup. Kalau dia boleh maintain speed tu over 2Mbps aku rasa mmg berbaloi pakai dengan harga RM128/bln dia. Dengan bertemakan “Rediscover what broadband should be“, mcm bob cakap, memang kelakar tengok kura-kura tu :D











Komen Terkini