Tajuk tu bukan bermaksud perasaan marah dan bukan juga melepaskan kemarahan, tak marah pun. Sejak blog ni live, aku dapat banyak pertanyaan pelik-pelik dari member-member yang baca blog aku. Kebanyakannya soalan yang sama ditanya, dah penat aku nak jawab. Jadi aku terfikir, baik aku tulis siap-siap kat blog ni, kalau tanya bagi je link pegi entri blog ni, senang kerja aku. Aku tak marah pun ko nak tanye, tanya je takde hal lah. Tapi ntah mengapa jiwa ini tidak dapat menerima soalan yang sama dilontarkan berkali-kali menyebabkan perasaan kurang senang, hahaha. Bagi yang masih belum tahu, Blog beralamat www.imiahus.com ini adalah domain baru aku, dulu aku guna www.suhz.net. Harap maklum. Antara soalan-soalan yang ditanya…
Archive for the 'aku' Category
Haha, kadang-kadang benda yang simple pun boleh silap. Pelik juga, diorg tak double check ke design box ni. haizz.
Pagi tadi aku pergi ke TM Point untuk upgrade pakej streamyx dari 2Mbps ke 4Mbps. Aku jumpa link kepada iklan promosi ini somewhere di internet beberapa minggu lepas. Hajat datang ke TM Point pagi tadi untuk upgrade streamyx ke 4Mbps sempena promosi tu, tapi rupanya aku tak layak sebab kurang satu bulan menjadi pengguna streamyx.
Promosi tu memerlukan sekurang-kurangnya kita telah melanggan stramyx selama setahun. Aku tak balik je dengan tangan kosong, alang-alang dah sampai kat TM Point tu, aku upgrade ke 4Mbps terus dengan harga biasa tanpa promosi. So sekarang sedang menunggu kontraktor streamyx datang ke rumah untuk buat kerja dia, melayang lagi RM88. So, nantikan update seterusnya, rasanya kawasan rumah aku tu support je untuk speed 4Mbps. Kalau tak dapat jugak 4Mbps, kita kasi potong jela :)
Dah lama tak menulis entri baru, nak tulis sikit. Dah hampir setahun aku mempunyai masa yang sangat banyak setiap hari, selama setahun ni banyak betul masa lapang. Pagi-pagi boleh bangun lewat, petang tido balik, kalau takda kelas mengadap depan komputer je la kerja aku. Malam-malam stay up sampai 3-4 pagi, boleh jalan-jalan petang2 lepak2 kat KL. tapi bermula 23hb November semalam, aku tak bole la lagi buat sume ni kecuali sabtu ahad dan cuti umum.. tak boleh lagi bangun lambat, hari2 kena bangun awal, rasa macam dah kembali ke zaman sekolah pulak, dah lama aku tak mandi pagi2 seawal pukul 6:30, perh air dia sejuk macam ais woo.
Kenapa? sebab semalam 23hb November ialah tarikh aku mula bekerja, Industrial Training atau praktikal semester akhir. Pagi-pagi seawal 7:30 dah kena bertolak ke stesen LRT untuk ke pejabat di KL. Tu lah sebabnya kena bangun awal. Kan dan macam budak sekolah tu. `Company` tempat aku kerja ni setakat ni ok je bagi aku, sangat santai, mungkin sebab tak ada kerja lagi untuk aku, nanti kalau diorg ada apa-apa projek mungkin la aku akan mula sibuk. kat sana staff semua sempoi, sporting. Dapat belajar benda baru dalam bidang yang aku sangat minat, iaitu IT/Komputer/Internet dan seangkatannya.
Minggu lepas hari Khamis aku pergi ke Hack In The Box Security Conference 2009, atau singkatan HITBSecConf2009 kat Crowne Hotel Kuala Lumpur. Tapi aku tak join conference dia, cuma tengok booth2 yang ada kat lobby je macam LockPick Village, HamRadio Village, Capture The Flag (CTF) dan lain2. Baru je nak update pasal ni harini sebab blog aku down dah 4 hari, baru semalam boleh akses. Yang paling aku tertarik kat HITB ni ialah CTF tu. Keputusan akhir HITB CTF (kalau tak silap la, kalau salah tolong betulkan ye), team KOREA mendapat point yang paling banyak, team Malaysia MIIT1, jatuh masa minit2 terakhir lepas kena serang dengan nuclear attack oleh team KOREA. Ni ada gambar sikit masa kat CTF aku capture guna handphone aku. Salam.. Continue reading ‘Hack In The Box SecConf 2009 KL’

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, bulan syawal akan tiba lagi 3 hari je (3 hari kot kalau tak silap kira), rasa macam sekejap je bulan puasa ni dah nak raya dah pun. Tahun ni aku tak keluar untuk shopping raya pun, malas nak keluar punya pasal semuanya mak sudah belikan.
Tahun ni dan seperti tahun-tahun sebelumnya aku akan balik ke kampung pada pagi syawal, sebab kampung aku dekat KL je, dalam 30 minit adh sampai, kira kampung juga la walaupun dalam kawasan bandar kan. Wahaha! jeles pulak aku tengok orang balik kampung jauh-jauh ke kedah, johor, kelantan dan sebagainya. Nak ikut bleh? :D
Selamat hari raya aidilfitri, mohon maaf kalau-kalau ada salah dan silap samaada dalam penulisan di blog ni, dalam mana-mana forum, ym dan sebagainya yang aku tak ingat. Harap dimaafkan. Kalau ade yang salah silap tu, aku maafkan. kosong2 la ye.
Akhir sekali aku nak bagi kad raya kat korg, nak bagi yang betul2 tak sempat dah, ambil la yang secara digital kat atas tu. Ni kad tahun lepas je pun, aku malas nak buat baru. Ok la, selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.
Rambling, Rambling, Rambling…
Upgrade apa? Request untuk upgrade streamyx kat rumah aku ni dari 1Mbps ke 2Mbps yang aku buat pada awal bulan Mei 2009 di TM Point. Baru dua hari lepas selesai upgrade. Masa yang begitu lama diambil untuk proses, aku ingat diaorg dah lupa kot order aku.. so aku buat tak tahu jela, sebab 1Mbps pun masih OK, aku saje gatal nak 2Mbps sebab bila internet di kongsi, terasa kelembapan semasa melayari internet, terutama ketika melihat video2 dan juga semasa bermain game online.. video ape? Video kat youtube la, bukan benda lain, Hahaha…
Masa orang stimix datang tu aku tanya pasal modem wireless yang macam dalam iklan tu, yang Streamyx WiFi@Home. Dia kata kalau nak modem tu kena pegi TM Point, huhu. Aku tanpa berfikir panjang membuat keputusan untuk menukar ke modem WiFi, sebab sekarang ni aku share internet di rumah menggunakan Wireless USB, menggunakan teknik Peer to Peer, agak susah kalau PC aku ditutup, so yang berkongsi Internet tu pun terputus la. Tak kena bayaran pun nak tuka.
Dua hari lepas selesai semua proses upgrade, dan modem pun telah ditukar. Aku tak kisah sangat pun diorg lambat 2 bulan, sebab aku bukan terdesak sangat nak upgrada tu, tapi 2 bulan menunjukkan TM ni kurang peka. Problem2.. nasib baik lah aku orang yang cool, hahaha.. kalau tak dah lama kena maki installer stimix tu..
Ini result daripada speedtest yang baru aku buat tadi. Continue reading ’2Mbps perlu 2bulan?’
Komputer mengadu sakit? Hehe, gambar ni aku sempat snap dengan handphone buruk aku masa nak shutdown PC, tak ingat masa bila ntah. Mula-mula terkejut jugak, apehal lak pelik je nama program ni.
Banyak kali jugak dapat macam ni masa nak shutdown atau restard PC, pastu aku perasan benda ni berpunca daripada Yahoo Messenger, orang punya status tu keluar jadi mcm dalam gambar kat bawah ni. Sejak aku upgrade ke YM9 yang latest, takde dah kejadiah pelik ni.. hehe
Tadi masa aku tengah menoren movie dari Jiwang Torrent ni, tiba2 je error keluar kata token salah ke ape ntah tadi, aku dah pelik, selalu OK je. Hmm.. then aku pergi ke web jwg torrent, aku terlogout plak.. aik? Then bila aku login, dia kata akaun Disabled? wow? Apakah yang telah aku buat?
Adakah sebab aku upload torrent2 ini ke Rapidshare? adakah itu salah? Ceritanya, baru-baru ni aku ada upkan satu web download movie.. dalam tu kebanyakan movie aku torrent dari jiwang lepas itu aku upload ke Rapidshare dan post la kat blog movie tu. Aku dah baca peraturan di laman web jiwang tu, tak ada pula melarang untuk upload di web sendiri dan kongsi kepada orang ramai. Atau aku salah baca? rasanya tak kut? Cuba korang baca :)
Mari kita lihat http://torrent.jiwang.cc/rules.php… (klik gambar untuk saiz berganda)
OK, dekat situ point ke-2… Continue reading ‘Kena 'banned' dari Jiwang Torrent?’










Komen Terkini