Aku tau, korang mesti nak tahu password Yahoo Messenger korang, samaada korang dah lupa password atau korang nak curi password Yahoo! Messenger member korang, memang jahat korg ni. Kalau tak, takkan la boleh sesat sampai entri ni kan.
Berita baik, aku terjumpa satu software dulu masa menggogle masa aku terlupa password ym dulu, software ni boleh recover balik (atau curi) password yang berada dalam komputer. Tapi kena pastikan “Remember my ID & Password” telah di tick. Kalau tak, software ni tak boleh nak check password dia. Apa yang anda perlu buat ialah, download software Yahoo! Password Recovery bawah ni, dan run. Jangan risau, tak de virus.
Tajuk tu bukan bermaksud perasaan marah dan bukan juga melepaskan kemarahan, tak marah pun. Sejak blog ni live, aku dapat banyak pertanyaan pelik-pelik dari member-member yang baca blog aku. Kebanyakannya soalan yang sama ditanya, dah penat aku nak jawab. Jadi aku terfikir, baik aku tulis siap-siap kat blog ni, kalau tanya bagi je link pegi entri blog ni, senang kerja aku. Aku tak marah pun ko nak tanye, tanya je takde hal lah. Tapi ntah mengapa jiwa ini tidak dapat menerima soalan yang sama dilontarkan berkali-kali menyebabkan perasaan kurang senang, hahaha. Bagi yang masih belum tahu, Blog beralamat www.imiahus.com ini adalah domain baru aku, dulu aku guna www.suhz.net. Harap maklum. Antara soalan-soalan yang ditanya…
memang kenyang gile aku ptg ni. ntah macam mana boleh terorder double prosperity burger plak. tak muat mulut aku nak sumbat benda ni. apapun mmg puas hati la.
Bagi yang dah biasa guna OpenDNS mesti akan cakap pengalaman melayari Internet rasa lebih pantas kerana masa untuk resolve sesuatu laman web daripada nama domain kepada IP lebih singkat. Ada juga yang berpendapat Google Public DNS lebih pantas daripada OpenDNS, dan secara peribadi aku lebih menggemari Google Public DNS kerana response lebih cepat dan tidak ada sebarang iklan atau page jika domain yang kita lawat tidak dijumpai. Keep it simple, tu yang aku suka dengan google ni, syg google.. wahaha
Apa benda DNS ni? DNS ialah satu pelayan yang kerja dia ialah menterjemahkan alamat domain kepada IP, setiap orang yang melayari internet akan menggunakan dns ini semasa melayari internet samada sedar atau tidak. Secara default, pihak ISP telah membekalkan kita dengan IP DNS mereka. Tapi kadang-kadang dns server yang disediakan oleh ISP ni kurang memberikan respon dan menyebabkan pengalaman melayari Internet agak perlahan masa mula-mula nak buka web tu.
Hari ini aku nak share satu software dimana software ni akan mengesan DNS server yang memberikan respon terpantas dan yang terbaik dari PC kita. Nama software ni ialah Continue reading ‘DNS Server Paling Pantas?’
Ini adalah penulisan pertama aku pada tahun 2010 dalam blog aku agak malas untuk menulis kebelakangan ini menyebabkan blog ini tersadai. Ok lah, nak cerita pasal tahun baru. Semasa berjalan-jalan dan membaca blog orang lain, aku perasan masing-masing telah membuka entri mengenai tahun baru 2010. Setiap kali tahun baru, seringkali biasa kita dengar orang bercakap mengenai azam, apa azam baru anda, adakah azam tahun lepas telah tercapai dan sebagainya. Bagi aku, secara jujurnya aku tak pernah nak set apa-apa azam pun pada setiap tahun, maybe sebab kehendak aku yang tidak menentu, ditambah lagi dengan penyakit malas terlampau.
Bila orang bertanya mengenai azam, aku terbayangkan perangai aku pada tahun 2009, apa yang telah aku buat? Ada apa-apa kelemahan aku pada 2009, ada aku buat orang sakit hati ke? atau aku ni bersikap sombong? Ada aku menceriakan sesorang? Mungkin aku tak perasan, tapi bila difikirkan balik banyak juga keburukan dan kelemahan aku yang masih perlu diperbaiki. Sekadar untuk memberitahu, bukan bertujuan membuka Continue reading ‘Hello 2010′
Komen Terkini