Monthly Archive for December, 2009

Security Camera Fail

Gambar ni aku ambil awal tahun ni, somewhere di pinggir Kuala Lumpur =)

Spelling Fail: AVF HM160 Headphone

Haha, kadang-kadang benda yang simple pun boleh silap. Pelik juga, diorg tak double check ke design box ni. haizz.

4Mbps Streamyx on the way, huh?

Pagi tadi aku pergi ke TM Point untuk upgrade pakej streamyx dari 2Mbps ke 4Mbps.  Aku jumpa link kepada iklan promosi ini somewhere di internet beberapa minggu lepas. Hajat datang ke TM Point pagi tadi untuk upgrade streamyx ke 4Mbps sempena promosi tu, tapi rupanya aku tak layak sebab kurang satu bulan menjadi pengguna streamyx.

Promosi tu memerlukan sekurang-kurangnya kita telah melanggan stramyx selama setahun. Aku tak balik je dengan tangan kosong, alang-alang dah sampai kat TM Point tu, aku upgrade ke 4Mbps terus dengan harga biasa tanpa promosi. So sekarang sedang menunggu kontraktor streamyx datang ke rumah untuk buat kerja dia, melayang lagi RM88. So, nantikan update seterusnya, rasanya kawasan rumah aku tu support je untuk speed 4Mbps. Kalau tak dapat jugak 4Mbps, kita kasi potong jela :)

grub rosak (Fedora)

Semalam masa aku nak boot laptop aku, aku menjangkakan grub bootloader akan keluar, nak masuk ke Windows. Tapi benda lain yang keluar, gambar seperti di bawah ni yang keluar.  Cara-cara nak restore balik grub? klik “Read More”.

image credit to Ahls.

Linux distro yang aku guna ialah Fedora 12. Dual boot dengan Windows 7. Continue reading ‘grub rosak (Fedora)’

nvidia 250GTS


graphic card baru, nvidia GTS250. baru beli hari isnin lepas di lowyat menggantikan yang lama nvidia 8600GT yg kat seblah kanan dlm gambar tu. so, sekarang la masanya aku nak test game2 yg menggunakam graphic tinggi :)

Kuala Lumpur


pemandangan kuala lumpur. gambar dari dlm lrt :)

Google Public DNS

Hari ini, google melancarkan perkhidmatan barunya iaitu DNS Resolver. Google Public DNS ialah usaha Google untuk menjadikan pengalaman melayari Internet dengan lebih pantas. Tugas DNS ialah menterjemahkan semua alamat laman web kepada IP, contoh jika anda ingin melayari www.imiahus.com, komputer anda akan meminta DNS apakah alamat IP kepada www.imiahus.com, dan DNS akan memberikan komputer anda dengan jawapan 210.48.154.48. Kebiasaannya, DNS telah diuruskan secara automatik oleh ISP, tapi kita boleh mengubah setting jika tidak ingin menggunakan DNS yang disediakan oleh ISP.

Servis ini lebih kurang macam servis yang disediakan oleh OpenDNS, cuma bezanya tak ada page2 fancy yang akan muncul jika salah taip domain. Untuk menggunakan Google Public DNS, anda perlu menukar setting DNS pada network komputer anda kepada 8.8.8.8 and 8.8.4.4. Untuk maklumat lanjut sila lawat http://code.google.com/speed/public-dns/

sumber: Google