Pulut dimakan bersama kuah durian.. lazat. ade siapa nak? :D
Monthly Archive for November, 2009
selamat hari raya aidiladha. ni juadah raya pagi tadi, macam raya puasa jgk, ada ketupat, lemang dan rendang. lembu akan dikorbankan pada hari sabtu, sbb harini jumaat :)
Dah lama tak menulis entri baru, nak tulis sikit. Dah hampir setahun aku mempunyai masa yang sangat banyak setiap hari, selama setahun ni banyak betul masa lapang. Pagi-pagi boleh bangun lewat, petang tido balik, kalau takda kelas mengadap depan komputer je la kerja aku. Malam-malam stay up sampai 3-4 pagi, boleh jalan-jalan petang2 lepak2 kat KL. tapi bermula 23hb November semalam, aku tak bole la lagi buat sume ni kecuali sabtu ahad dan cuti umum.. tak boleh lagi bangun lambat, hari2 kena bangun awal, rasa macam dah kembali ke zaman sekolah pulak, dah lama aku tak mandi pagi2 seawal pukul 6:30, perh air dia sejuk macam ais woo.
Kenapa? sebab semalam 23hb November ialah tarikh aku mula bekerja, Industrial Training atau praktikal semester akhir. Pagi-pagi seawal 7:30 dah kena bertolak ke stesen LRT untuk ke pejabat di KL. Tu lah sebabnya kena bangun awal. Kan dan macam budak sekolah tu. `Company` tempat aku kerja ni setakat ni ok je bagi aku, sangat santai, mungkin sebab tak ada kerja lagi untuk aku, nanti kalau diorg ada apa-apa projek mungkin la aku akan mula sibuk. kat sana staff semua sempoi, sporting. Dapat belajar benda baru dalam bidang yang aku sangat minat, iaitu IT/Komputer/Internet dan seangkatannya.
Walaupun ade orang lain nyanyi, tapi rasanya bunkface nyanyi paling bes :) mula2 dengar iklan everyoneconnects kat radio lagu ni, ingatkan orang luar negara punya lagu, rupanya Malaysia da. Bes :)








Komen Terkini