Minggu lepas hari Khamis aku pergi ke Hack In The Box Security Conference 2009, atau singkatan HITBSecConf2009 kat Crowne Hotel Kuala Lumpur. Tapi aku tak join conference dia, cuma tengok booth2 yang ada kat lobby je macam LockPick Village, HamRadio Village, Capture The Flag (CTF) dan lain2. Baru je nak update pasal ni harini sebab blog aku down dah 4 hari, baru semalam boleh akses. Yang paling aku tertarik kat HITB ni ialah CTF tu. Keputusan akhir HITB CTF (kalau tak silap la, kalau salah tolong betulkan ye), team KOREA mendapat point yang paling banyak, team Malaysia MIIT1, jatuh masa minit2 terakhir lepas kena serang dengan nuclear attack oleh team KOREA. Ni ada gambar sikit masa kat CTF aku capture guna handphone aku. Salam.. Continue reading ‘Hack In The Box SecConf 2009 KL’
Monthly Archive for October, 2009
Pasti semua dah biasa dengar speedtest.net laman web yang memang popular untuk test kelajuan Internet kita. Yang sememangnya telah menjadi standard untuk mengukur kepantasan sambungan Internet. Tadi aku buka laman web tu, ternampak pula ade button kecil kat atas tu. Nama dia PINGTEST.NET. Daripada apa yang dia tulis, pingtest ialah aplikasi untuk menganalisis kualiti internet jalur lebar kita semasa menggunakan perkhidmatan VoIP (telefon internet), masa kita stream lagu atau semasa stream video kat youtube dan laman2 web lain, dan masa bermain online games.
Ni result aku.. taktau la kenapa 100% packet lost.. sape nak test bole ke PINGTEST.NET

Open air Party untuk season baru rancangan Oprah kat tengah2 Chicago, cuba tengok penonton tu, gila best diorg menari ramai-ramai macam tu.. kalau ada kat Malaysia buat macam ni confirm aku join skali. Cool! Lagu dari black eyed peas ni pun bes..
Mula-mula memang ada sorang pompuan tu menari sorang-sorang macam orang gila, tapi nanti lama-lama ramai2 join, memang semat gila ah, 21ribu orang menari dalam masa yang sama.
Ohhh bulan, tadi kat forum aku selalu singgah ade org cakap suruh tengok bulan, tengok kalau-kalau ade bulatan kat bulan tu, so aku pegi la tengok, takde pun bulatan. Aku ingat kalau ambik gambar bulan ni cun gak, boleh tunjuk kat bdk forum tu mmg takde bulanan, mula-mula aku ambik gambar bulan tu guna handphone je, tapi tak clear sangat. Then aku pinjam DSLR dari kakak aku. Dan inilah hasilnya, tak nampak pun bulan tu, bulan tu terlalu terang so tak clear. Gambar ni tak jadi la aku rase. Susah juga nak jadi photographer ni, macam2 nak kena setting.
kalau nak tengok lagi gambar2 lain, aku dah upload kat sini. gambar ni memang tak menjadi, aku tak reti nak tangkap gamba guna dslr ni, lagi2 masa malam dan gelap. Kalau setakat digital camera biasa tu bole la kut. :D
Bulatan yang diorg cakap tu mungkin tak semua tempat nampak kot, sebab orang yang kat belah timur Malaysia nampak. tapi yang duk kat barat ni, mcm KL, Johor tak nampak.







Komen Terkini