Monthly Archive for September, 2009

Rindu kepada WP

halo-wordpress

Untuk pengetahuan, aku dah pindahkan blog aku ni (www.imiahus.via.my) daripada platform blogger kepada platform wordpress. Memang aku tak boleh hidup dengan blogspot, tak biasa, taktau la kenapa. Memang dari dulu aku dah jatuh hati dengan WP..huhu. Aku lebih selesa berblogging menggunakan wordpress, kat wp ni banyak plugin boleh tambah, senang nak customize theme dan benda. Cuma satu je yang blogger punye best tapi wp takbes, iaitu mobile blogging atau orang selalu sebut live blogging. Kalau guna blogger kita boleh mms lebih dari satu gambar trus masuk blog, tapi kalau wp kena guna flickr pastu satu gambar je bleh masuk. Tapi takpe, yang penting aku boleh blog dengan selesa.

Dah habis crita pasal wp, harini start dah kelas aku setelah seminggu bercuti sempena hari raya, memang malas gila nak pergi tapi nak buat mcm mana, kena pegi gak, yuran bukan murah woo.. nanti dah kerja kena baya balik haa hutang kat MARA tu.

Makan angin

Semalam pegi jalan-jalan kat KL nak gi tengok movie G-Force 3D, mula2 pegi rumah terbuka sedara kat keramat jab, pastu parking kereta kat LRT jelatek, pegi kl sentral then naik KTM pergi mid. Amsama ade sms aku cakap dia kat KL gak, tapi dia kat masjid jamek kot masa aku dalam perjalanan ke kl sentral. Lantak ah, nak tengok movie, dah lambat nih. Sekarang pukul 3:45 movie pkul 4:30. Sampai kat mid pkul 4:20. perh, nasib baik sempat ambik tiket. Terus masuk, ambik 3D glasses kat pintu masuk tu. Patutnya aku plan naik ktm terus dari kajang, tapi lupa pulak nak pegi openhouse hari ahad. Lawak btul, aku tengok cite budak2, ramai lak bdk2 dlm tu, kiri bdk, depan bdk2, blakang bdk nasib baik seblah kanan awek. agagagagaga.

Terus terang aku cakap, cerita ni boleh tahan la bestnya, aku syorkan kepada sesiapa yang belum tengok, jom ramai-ramai ke panggung wayang bawak anak buah, anak sendiri, anak jiran ke, mak, bpk, nenek atok untuk menonton G-FORCE , pastikan tengok yang 3D bukan yang biasa. Semua benda macam terapung je depan mata. Macam betul-betul ada depan mata kita, rasa macam nak sentuh je.

Time nak balik, naik KTM ke KL Sentral. Train boleh plak delay 20 minit, perh penat tungguh seh. 6:40, sampai gak train. Kepada siapa yang selalu naik KTM Komuter ni mesti tau keadaan macam mana kalau dah petang2 tu kan, macam tin sadin, rapat gila, takde space langsung nak gerak, dah tak boleh masuk orang belakang duk tolak lagi akupun tolak gak, tak nak miss train punya pasal.. hahaha.

Masa kat KL Sentral, jumpa ngan amsama jab, dia tengah jalan2 dgn awek dia, sembang2 kejap kot pastu aku bertolak ke lrt Jelatek balik. Nasib baik lrt lengang, tak ramai org boleh la duduk sambil layan lagu dari g700 aku.
Sampai kat jelatek, nak start kereta satu lagi masalah datang. Enjin kereta asik mati, baru je start terus mati, adoi. Nak taknak kena jalan jugak la, main minyak, kalau tak tekan minyak enjin mati. Aku balik lalu jalan cheras sebab bpk aku call dia cakap MRR2 jem, tapi kat jalan cheras pun jem ma, penat gila aku bila berhenti kena start enjin balik. Ape problem ntah kereta tu, kaburetor dia kot. Selamat jugak sampai rumah, trus online. pastu tido, penat.

nak tengok G-Force 3D

G-Force-3D_1

Smalam mie (bukan aku) pegi tengok movie G-FORCE 3D kat midvalley, dia cakap best. Biasanya aku tak akan pegi wayang nak tengok cerita budak-budak ni, selalu download saje, tapi sebab dia cakap movie tu dalam 3D tu yang aku minat nak pegi tengok, bukan selalu dapat tengok movie dalam 3D. Baru tadi aku dah reserve 1 tiket pukul 4PM 27hb, then aku reserve lagi satu tiket, sebab nak pegi dengan someone :). Ada lagi satu movie 3D, Final Destination, maybe next week aku akan tengok. Final Destination dalam 3D woo, mesti best, movie tu dah la genre seram dan ganas, kalau di 3D kan taktau la nak cakap, menangis la nak tengok nanti.

Gambar pertama

DSC01859

Ni 1st gambar aku capture menggunakan G700 aku. Masa ni kat bandar kajang. OK tak gambar?

SonyEricsson G700 baru

Semalam handphone yang dinanti-nantikan telah tiba melalui SkyNet. Aku beli handphone ni kat Lelong.com.my je. SonyEricsson G700. Spec dia, 3G,ade camera 3.2MP.. touch screen. ada fm radio dll. Nak baca fullspec boleh baca kat sini. Aku taktau nak buat ape dengan K610i lama aku tu. Hehe.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, bulan syawal akan tiba lagi 3 hari je (3 hari kot kalau tak silap kira), rasa macam sekejap je bulan puasa ni dah nak raya dah pun. Tahun ni aku tak keluar untuk shopping raya pun, malas nak keluar punya pasal semuanya mak sudah belikan.

Tahun ni dan seperti tahun-tahun sebelumnya aku akan balik ke kampung pada pagi syawal, sebab kampung aku dekat KL je, dalam 30 minit adh sampai, kira kampung juga la walaupun dalam kawasan bandar kan. Wahaha! jeles pulak aku tengok orang balik kampung jauh-jauh ke kedah, johor, kelantan dan sebagainya. Nak ikut bleh? :D

Selamat hari raya aidilfitri, mohon maaf kalau-kalau ada salah dan silap samaada dalam penulisan di blog ni, dalam mana-mana forum, ym dan sebagainya yang aku tak ingat. Harap dimaafkan. Kalau ade yang salah silap tu, aku maafkan. kosong2 la ye.

Akhir sekali aku nak bagi kad raya kat korg, nak bagi yang betul2 tak sempat dah, ambil la yang secara digital kat atas tu. Ni kad tahun lepas je pun, aku malas nak buat baru. Ok la, selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

Google Translate kini dengan Bahasa Malaysia

translate_logoSyarikat gergasi Internet, Google mengumumkan sembilan bahasa baru telah ditambah ke dalam Google Translate termasuklah Bahasa Malaysia. 8 bahasa lain yang telah ditambah ialah Afrikaans, Belarusian, Icelandic, Irish, Macedonian, Swahili, Welsh dan Yiddish. Dengan penambahan 9 bahasa baru ini menjadikan jumlah bahasa yang terdapat di Google Translate ialah 51 jenis.

Google berkata “Kualiti terjemahan bahasa yang baru ditambah agak kasar, tapi akan bertambah baik dari masa ke masa. Dan kami akan sentiasa menambah baik kualiti terjemahan untuk semua bahasa di dalam Google Translate.”

Google translate ialah aplikasi yang dibangunkan oleh google untuk menterjemahkan daripada satu bahasa lain ke satu bahasa yang lain. Memang dah lama aku tunggu Bahasa Malaysia nak ditambah ke dalam Google Translate, akhirnya masuk juga. Kalau korg cuba translate blog ni ke bahasa Inggeris, blog ni akan menjadi agak kelakar sebab terjemahannya agak kasar dan lebih kepada bulat. Satu lagi masalah ialah, banyak bahasa singkatan atau shortform yang selalu kita gunakan, Google tak faham. Ape kata korg cuba klik link ini. Cuba tengok sendiri hasil terjemahan dia.  Boleh tergelak aku baca.

Aku harap dalam masa hadapan Google Translate akan terjemahkan Bahasa Malaysia dengan lebih baik. Bagi yang tak tahu, selain Google Translate, terdapat juga laman web yang menterjemahkan Bahasa Malaysa ke English seperti CitCat dan memang dah lama aku guna web ni untuk translate ayat-ayat yang aku tak tahu.

Macam mana korg boleh bantu Google untuk menambah baik terjemahan Bahasa Malaysia? Salah satunya ialah dengan menyumbang atau membetulkan terjemahan yang dibuat oleh google. Kalau korg terjemahkan laman web, hover mouse ke text yang korg rasa tak betul, dah klik “contribute translation”.

Selain itu, google juga memperkenalkan terjemahan secara automatik untuk google docs. Google docs membolehkan kita menyimpan word processing, spreadsheet dan lain.

Selamat datang ke blog’sepot’ ku

Entri ni aku post menggunakan email terus daripada handphone k610i ku. Tujuan aku buat blog ke-2 kat kampung blogspot ni hanya utk cuba dan lihat bagus sangat ke benda yang pakcik google ni sediakan.

Blog ni mungkin akan aku buat tempat untuk merapu-rapu selain menjadi medan bertempur untuk bermobile blogging atau pun live blogging.

Tujuan utamanya untuk bersuka ria saje.. Hahaha.. Perh, penat gak menaip kat henpon ni.
Gambar kat atas tu saje aku post, nak test, hehe.

M! movie, the orphan



Live – movie, the orphan, originally uploaded by suhznet.

Movie start pukul 11.30pm. cite the orphan, crita seram kut. Lagi 1jam 30minit.. Lama la pulak nak tunggu.. Skang tengah melepak ngan bdk2 tbd, naj, ueki & sarezawa kat Jusco Bukit Tinggi, Klang. Gamba ni jela aku dpt hantar sbb diorg tanak muka msk blog. Haha..

Live blogging!

Live blogging!, originally uploaded by suhznet.

1st time aku try Live blogging. Gambar monitor ni saje aku capture sebagai cobaan.