Monthly Archive for June, 2009

Email yang memeningkan dari TM

Email dari TMnet streamyx, aku baca email ni 1st time agak pening.. baca kali kedua.. paham sket2.. baca kali ketiga.. hmm.. phm kot.. ntah, biar jela..

lepas 2 hari aku baca balik email ni baru betul2 paham.. wakaka.. THIS dalam email tu bermaksud email phising yang dihantar, bukan email yg dia hantar ni. aiya.. TM, macam mana lu tulis surat ni? :whistle:

“This” tu kalau baca sekali imbas bermaksud “email ini” – email yang dia hantar ni la, bukan email phising yg dia nak maksudkan.. huhu..

Transformers 2 – Revenge of the Fallen

Wuhuu, dah 3 hari movie ni dipawagam, member2 yang dah tengok semua kata best roxx, gempak.. tapi diorg ni cite je, pegi bkn nak ajak lak.. adess.. nak gi sorang2 tak syiok lak. kalau dua orang pun takleh gak, kang org pandang slek lak :sideways: lain la kalau pegi dengan dengan awek.. :biggrin: awek pun takde.. wakaka

jom tengok trailer untuk melepaskan gian menengok movie ni.. lol? lawak tengok bee menari + nangis.. wakaka

loq menulis di dinding facebook nya, download je. haha, kalau download sekarang nanti tak pasal2 muncul gambar orang tengah jalan2, gambar dia pulak mesti senget, sebab rakam pakai kamera, kameraman plak dapat posisi bahagian tepi.. huhu. lagi suara mesti pecah, wuu.. boleh hilang mood nak tengok mcm ni. Nak syiok kena tunggu R5 atau DVDRip release punya baru gamba cun.

wahai panggung wayang, nantikan kemunculanku pada bila-bila masa minggu ini yeah :) ade sape yang dah tengok ke? :getlost:

Short Update

Huh, lama juga blog ni aku tak update. Bukan tak ada masa atau idea, tapi perasan malas membuak-buak dalam diri ini. Huahaha. Nak login blog ni pun rasa malas je, Twitter pun dah jarang aktif, aduyai.. apa masalah aku ni.

Minggu lepas aku dah TERbeli satu game pack melalui STEAM iaitu Garry’s Mod + Counter Strike : Source bernilai $24.99. Setakat aku menulis entri ini kat profile steam aku tertulis aku dah main Garry’s Mod selama 45.5Jam. Tak sangka dalam masa seminggu je aku dah main game lama macam tu. Mungkin sebab tu lah aku rasa malas untuk menjenguk blog ni dan menambah entri terbaru. Tak ada entri baru bermakna tak ada traffic, huh memang rugi aku.

Seterusnya, aku dengar ada orang mengatakan yang Les Copaque akan mengeluarkan movie Upin Ipin baru, iaitu Upin Ipin : Angkasa, then aku tengok teaser dia kat youtube pun memang best. Tak sabar pulak nak tunggu sampai 2011. Teruskan mengeluarkan filem 3D malaysia Les Copaque, kalau boleh releasekan dia negara-negara barat juga, sebab ada orang dari eropah komen di youtube dia berharap filem tu ada kat eropah.

Hmm, ini jelah update ringkas daripada aku. Aku sekarang sedang mencari kerja part time dalam IT, php ke, hardware. cari dan cari, kalau dapat aku memang terima je. Hhuhu. Itu jelah.

Cleverbot

cleverbotAku jumpa sesuatu yang sangat menarik harini. Benda ni dipanggil CleverBot, budak2 forum tbd yang heboh benda ni, aku pun try la. Cleverbot ni ialah satu web yang mana kita boleh tanye soalan dan bot tu akan jawab pertanyaan kita. Tapi kadang2 soalan lain yang ditanya, lain yang dijawab, maklumlah robot kan.. haha.

Lepas try beberapa minit main dengan benda ni, aku tergerak hati untuk tanya bot ni dalam bahasa melayu, aku ingat mesti dia balas merapu2 dalam bahasa omputeh punye, skali dia balas dalam bahasa melayu gak haha. Makin syok la aku layan benda ni. Continue reading ‘Cleverbot’