Tahukan korg bahawa laman web Fotopages.com yang popular dikalangan penggemar foto diserata dunia termasuklah negara2 Islam adalah milik sebuah syarikat di asia barat?
scroll bawah sket.. tengok kat Indexed data, macam dalam gambar kat bawah ni.
Wow, Malaysia ialah negara yang paling tinggi mengunjungi Fotopages.com? Scroll bawah lagi sampai server data, tadaa… korg akan nampak maklumat seperti gambar kat bawah ni. Apakah yang keluar disitu? Continue reading ‘Apa ada disebalik Fotopages?’
Huu, aku tulis entri ni lepas geram kot. Dulu masa mula-mula dapat lesen kereta pada pertengahan tahun lepas aku nak bawak kereta round-round kat taman perumahan pun takut, tapi makin lama aku memberanikan diri, dan makin lama juga aku enjoy dan semakin lama aku perasan aku lebih suka memandu dengan laju, Kalau kat highway tak cecah 120KM/j tak sah, except kalau parent aku ade naik skali, aku belakon la tak suka bawak laju-laju 80-90 jadi la, wakaka.
Apa aku nak cerita kali ni bukan pasal aku suka bawak kereta laju-laju, tapi tabiat orang lain yang bawak kereta. Amat menyakitkan hati kalau ade orang buat perkara-perkara berikut semasa dijalan raya.
Nak cerita sikit pasal SealServer ni. Kalau hosting ni tak bermasalah aku takde nye nak tulis entri ni.
Ceritanya macam ni, Sebab aku tengah mencari reseller hosting yang murah untuk projek terbaru aku haritu. So, member aku rekemen suruh tengok reseller hosting daripada SealServer katanya bagus, so aku pun try la. Sebulan RM25, mmg murah, sebab aku malas nak bayar bulan2 jadi aku bayar untuk 3 bulan terus, RM75.
Tak sampai seminggu pakai, dah start masalah hosting ni. 2 Mei 2009, baru 3 hari aku kat SealServer, websites aku asik keluar “500 Internal Server Error” lepas masalah ni ok, mysql pulak yang problem. So lepas contact support dia reply ni pada 3 Mei 2009. Continue reading ‘Alahai SealServer’
Budak ni mcm dah tak btol je aku tgk, main Unreal Tournament sampai jahanam keyboard, aku rasa baik pegi hantar ke tanjung rambutan. hahaha. Sakit telinga woo tengok video ni, tapi kelakar jugak
p/s > sebenarnye video ni bkn betul dia gila, ini hanya lakonan semata-mata, dari ape yg aku baca video ni dibuat sebagai tindak balas kepada sesetengah ahli politik di German yang mencadangkan larangan permainan video yang ganas. Tapi malangnya usaha budak ni yang membuat video ni dah disalah anggap. Sian dia =|
Mungkin korg tak perasan, aku dah tukar domain blog ni ke www.suhaimi.ws daripada blog.suhz.net, dua2 url masih boleh buka, tapi semua akan diredirect ke suhaimi.ws, aku ada cakap aku nak copy entri2 dari “blog lagi satu” tu, dah selesai pun copy. Kalau tengok kat bawah-bawah ni, yang post2 bahasa inggeris tu semua dari blog yang lagi satu tu. Haha, masih memperbaiki skill menulis dalam english, mungkin ada grammar yang salah kat situ.
Lain-lain update yang telah aku buat kat blog ni ialah, install beberapa plugin seperti commentluv dan smiles themes. Selain itu aku telah merajinkan diri untuk mengupdate semua plugin2 yang memang sedia ada (skema lak bunyinye). WordPress ni pun telah diupdate dari 2.7 ke 2.7.1. Wah, dalam sebulan aku tak check, banyak plak updatenyer.
pasal domain ni, apa itu ws. Kalau apa yang ditulis dalam laman web www.ws, domain .ws bermaksud web sites. jadi, suhaimi.ws bermaksud laman web suhaimi la kot..
So, jangan lupa nak update link blog aku di blog masing2, domain baru ialah suhaimi.ws. Sekian.
Yang malas nak update, <— (dpt idea buat sign mcm ni dari blog adzfar.com, nak tiru gak )
Setelah bercuti selama beberapa minggu dari menulis blog (tak cuti pun, aku tipu korg.. haha), aku rasa macam nak update pulak blog ni. Plan aku lepas ni, aku nak gabung post2 dari blog aku lagi satu (aku ada dua blog sebenarnya.. heh) dengan blog ni lepas tu tukar domain guna yg blog lagi satu tu. Wahaha.. itu jer lah nak cakap. Lepas ni mungkin aku akan menulis secara ringkas, jarang ada panjang2 berjela, cuma short update, sebab… akupun taktau sebab apa.
Blog aku lagi satu tu saje nak test skill aku menulis dalam english, tapi aku rasa baik gabung je.. buat rojak la, english + malay dalam satu blog, kan lebih cantih gitu :)
Ohh.. tak lupa juga, Selamat Hari Ibu (lambat, tapi nak wish jgk), Selamat Hari Guru, Selamat Hari Belia (haha).
Komen Terkini