Monthly Archive for September, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam semua, setelah lama menyepi suhz kini kembali. Sempena ketibaan Syawal pada esok hari, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya ingin memohon maaf jika ada kesilapan. Terima kasih juga kepada yang ada ucap raya & mintak maaf tu. Ye saye ampunkan semuanya, hehe. Dengan kemunculan ini, saye ingin memberikan anda semua (Ye Semua, siapa2 yg datang blog ni) silalah ambil kad raya ni ikhlas dari saya. :) Kad ni adalah yang versi online punye, versi asal yang di’PRINT’ lebih simple tanpa logo blog suhz tu dan url suhz :)

Berikut adalah koleksi kad raya daripada blogger2 lain. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! Continue reading ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’

BusyNoMood~

Harini dah masuk hari ke 9 aku tak post apa2 entry. Takdo maso nak menulis nih.. mcm biasa lah, kalau ada masa takde mood, ataupaun ada masa untuk tido je. Masa untuk blog takdok, ade mase utk benda lain je. Haaha, so tunggu je la bila2 masa je aku post la something kat sini..

Selamat Berpuasa! 12 Ramadhan

Google Chrome

 

Google Chrome

Masa aku buka google pagi ni selepas waktu sahur aku tgk sesuatu kat main page Google tu, Google Chrome (Beta).  Haha, akupun tertanya-tanya apa benda ni. Untuk pengetahuan, Google Chrome ni sejenis browser sumber terbuka yang dikeluarkan oleh Google dan masih lagi dalam versi beta.

Masa meng’install’. Installer Google Chrome mengimport semua maklumat dari mozilla aku so, masa aku buka je Google Chrome, sume bookmark, history, cookie sume dah ade macam dalam firefox aku =p. (Nak amik ati aku ke ape)

Interface dia memang sangat simple, dan aku rasa kawasan untuk browser ni pun agak luas. Dari segi kelajuan, aku tengok macam takde beza pun dengan Mozilla Firefox. Tapi agak selesa la guna Google Chrome ni, sejuk mata memandang sebab interface dia yang clean dan tak banyak button.

Mozilla sekarang ni mesti dah risau kalau-kalau Google Chrome akan menguasai dunia browser yang didominasi oleh Firefox sekarang ni. Selamat berjaya la ye Google! haha

Kepada sesiapa yang nak try Google Chrome boleh download dari sini.

Upin dan Ipin Setahun Kemudian

Upin dan Ipin Setahun Kemudian

Pasti ramai yang tahu pasal cerita ‘Upin dan Ipin‘ ni kan, kalau tanya kat member2 semua tau. Ok, tapi seblum tu, aku nak ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke 51 dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Baru kali ni berpeluang nak menulis, memang takde masa nak tulis entry baru, kalau ada masa pun bukan dalam mood. Bulan ogos pun hanya ada 5 entri saje, haha Rekod baru la bagi aku. Ok, kita teruskan dengan tajuk utama. (ahaks)

Cerita Upin dan Ipin yang popular pada ramadhan yang lepas kini kembali dengan tajuk “Upin Ipin Setahun Kemudian“. Aku memang suka cerita ni, memamg respek kat Lescopaque ni, animasi cerita ni memang cantek dan jalan cerita yang menarik, ditambah dengan ke’cute’tan watak-watak utama nya, hehe.

Siri animasi tersebut akan memulakan tayangannya bermula pada Jumaat sehingga hari Ahad jam 7 malam di TV9. Kini Upin dan Ipin dah bersekolah. Gelagat adik beradik ni sudah tentunya mencuit hati orang ramai yang menontonnya setiap kali rancangan tersebut ke udara.