Berapa laju korg menaip? Penah terfikir tak nak tau berapa patah perkataan krog taip dalam seminit? haha, jom ramai2 test. Kat bawah ni result aku. 56 WPM je. Lepas buat test, g tau la brape dpt, aku nak tau gak yek.. :) choww!
Monthly Archive for August, 2008
Intel® Atom™ ialah nama bagi processor baru Intel khas untuk penggunaan peralatan mudah alih seperti laptop. Intel mengumumkan Processor Intel® Centrino® Atom™ adalah di dalam kelas MID.
Processor 45nm Intel Atom ini hanya bersaiz 22 mm² sahaja, lebih kecil dari kad sim maxis aku. Ia direka khas untuk perkakas yang bersaiz kecil dan yang menggunakan kuasa yang rendah. Intel Atom mempunyai 47 juta transistor di dalam satu chip dan boleh dimuatkan dalam kawasan yang bersaiz duit satu sen je, WOW!
Buat masa sekarang, julat kelajuan untuk Intel Atom ialah antara 800Mhz sehingga 1.6Ghz, ia hanya menggunakan 0.6-2.5 watt kuasa berbanding 35 watt oleh processor Core 2 Duo.
Processor Intel® Atom™ ini telah pun berada di pasaran Malaysia sejak awal tahun 2008 lagi.
*Gambar kad sim maxis tu diambil di atas pamplet Intel yang mempunyai gambar processor Intel Atom dengan saiz sebenar. Pamplet tu aku dapat kat PC Fair.
Benda ni sampai kat inbox friendster aku dah lama dah, ni nak share la kat sume. Untuk yang open minded je bace k, hoho~
OK kita mulakan.
Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :
“Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”
Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.
Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua.
Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikanujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
UPDATE 2009 – Sila klik disini untuk koleksi 98 lagu raya.
entry di bawah ini telah lama, tahun 2008 dan link lagu raya sudah tidak berfungsi. SIla klik link di atas ni untuk download sejumlah 98 koleksi lagu raya. Terima Kasih. Selamat Hari Raya.
.
Koleksi Suhz 36 Lagu Raya.
Ye, aku tau puasa pun tak lagi, apetah lagi raya. Tapi apa salahnya kan? Aku dah upload sebanyak 36 lagu raya kat SINI, tapi korg boleh dengar je la, takleh donload. Download maybe akan dibuka masa bulan puasa nanti. Selamat Mendengar. HueHueHue.
Teruskan bacaan untuk senarai lagu-lagu raya. Continue reading ‘Jom Dengar Lagu Raya = =!!’
Benda ni suhz dapat melalui email, agak menarik.
Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun andadaripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan
memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika
no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321.
Mesin ATM akan mengenalpast i nombor tersebut adalah nombor yg
diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan
kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai
seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera
akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah
disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang
diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem
yg seumpama ini.
Tapi macam mana kalau sesorang tu dia set PIN ATM dia 123321?? Haha!! Fikir-fikirkanlah ye. Sekian.










Komen Terkini