Kena tag lagi aku ni. Haha 1st dulu dgn si Nash kat sini. Then, baru-baru ni ditag pulok si fare4z. Kalau berani silalah tag aku lagi yek. Muahaha.
Monthly Archive for July, 2008
Letak ads di dalam post dkt main page, dkt satu post je. (Mcm dalam blog ni, mcm dalam gambar kat seblah kanan ni) dekat WORDPRESS. Benda ni memang senang je nak buat kalau seseorang tu tahu php programming. Tapi kepada tak tahu, maybe agak sukar untuk memikirkan benda ni. Ade orang tanya macam mana aku buat benda ni. So, ni aku tunjukkan.
Aku memang taktau macam mana nak terangkan tapi korg tengok je la illustration yang aku buat tu, letak kod mcm dalam illustration tu. Maybe boleh faham. Kalau tak faham juga sila tanya.
Google, semua orang tahu google. Ramai orang menggunakan khidmat “Pakcik Google” ni untuk mencari macam-macam maklumat. Tapi, tahu tak google juga mempunyai pelbagai fungsi yang ramai tidak tahu seperti fungsi kalkulator, menukar kadar matawang, masa di semua tempat di bumi ni dan macam-macam lagi. Dalam entri kali ni aku postkan tentang tips & trick cara-cara menggunakan Google.com search engine macam profesional. Berikut adalah antara fungsi Google yang agak menarik.
Kebanyakan distro Linux sekarang seperti Ubuntu dan Fedora dilengkapi dengan Live CD, dimana anda boleh mencuba dulu Sistem Operasi (OS) tersebut sebelum meng’install’nya.
Bukan nak tipu, cara-caranya adalah sangat, sangat, sangat lah senang. Tapi, mungkin ada juga yang kurang faham tentang perkara ni. So, aku tunjukkan beberapa step serta screen untuk start LiveCD Ubuntu ni.

Firefox 3 secara rasminya telah dicatatkan dalam buku Guiness World Record sebagai “Perisian yang paling banyak di muat turun dalam masa 24jam” atau dalam bahasa english “the most software downloads in 24 hour“. Firefox 3 mencatat jumlah download sebanyak 8,002,530 dalam masa 24jam pada pukul 1:18 pagi 18 Jun 2008 hingga 1:18 pagi 19 Jun 2008 waktu Malaysia (GMT +8).
Apa? Ya, Ini betul-betul, bukan cobaan. Pada 30 Jun 2008, semua pembuat PC menghentikan penjualan komputer yang siap dipasang dengan Windows XP atas arahan Microsoft dan support untuk pengguna Windows XP juga akan dihentikan pada April 2009. Maknanya lepas ni, tiada lagi Windows XP akan dijual, walaupun masih ada yang menjual, mungkin hanya sebilangan kecil.
Ramai pengguna tidak menghiraukan Sistem Operasi Microsoft yang terbaru iaitu Windows Vista yang telah lama berada dipasaran dan membuat keputusan untuk kekal dengan Windows XP. Dan ada juga yang membeli komputer baru dengan Vista, tetapi mereka downgrade ke Windows XP. Antara beberapa alasan mereka ialah, banyak peralatan tidak disokong oleh Vista, banyak masalah dengan Driver dan yang paling menjengkelkan ialah popup yang keluar pada hampir setiap perkara yang kita nak lakukan daripada User Activation Control (UAC).








Komen Terkini