How to install nginx + php-fpm

Rasanya entri terakhir sebelum entri ni ialah 2 bulan lepas, sekarang dah bulan 5, aku rasa inilah tempoh paling lama aku tak jenguk blog aku. Mungkin sejak aku memiliki seketul blackberry atau mungkin juga sebab terlalu sibuk, blog ni dilupakan. Aku baru login tadi, baru nak approve komen-komen yang terkandas. Untuk pembukaan bulan 5 ni, aku nak post satu tutorial mengenai bagaimana untuk install nginx bersama php-fpm.

Bagi siapa-siapa yang masih tidak tahu, engine x atau lebih dikenali sebagai nginx ialah web server oleh Igor Sysoev seorang warga Rusia. nginx ni sangat ringan, pantas dan sangat stabil. Tak makan banyak memory. Aku dah menggunakan nginx lebih 1 tahun lebih untuk pelbagai projek-projek laman web alternatif bagi Apache. Sesuai untuk laman web yang sangat sibuk. PHP-FPM pula ialah process manager untuk PHP bagi yang menggunakan nginx. Semua request untuk php akan diforward ke PHP-FPM.

Continue reading ‘How to install nginx + php-fpm’

Kesian hantu ni

Kalau aku la yang lalu kat situ, memang dah lame aku ketuk kepala bdk tu. hahahahahha

Evolusi Apple iPhone

mula2 iPhone, sekarang ni dah kluar iPad.. lepas ni apa la pulak la encik Steve Jobs ni nak buat? jom tengok.. :D

Continue reading ‘Evolusi Apple iPhone’

Maria Ozawa, Indonesia & Malaysia?

Tadi aku jalan-jalan kat facebook ni, then ade pulak orang suggest kat aku pages Maria Ozawa.. hmm, pages ni nampak macam pages biasa je.. jom kita tengok…

biasa je kan? takde ape yang pelik pun…

Continue reading ‘Maria Ozawa, Indonesia & Malaysia?’

Hitler marah dengan Apple iPad

haha, kalau korg search pasal iPad ni kat youtube, korg akan jumpa banyak video lawak, orang mempermainkan iPad ni, maybe sebab nama dia PAD. iPad ni ialah produk terbaru dari Apple, benda ni macam nettop tapi tanpa keyboard, lebih kurang macam iPhone yang dibesarkan jela. Pastu aku dengar, iPad tak boleh nak run lebih dari satu apps dalam satu masa. haha. Banyak video lawak kat youtube yang kata iPad ni macam pad yang lagi satu tu.. alaa.. mls la ckp.. korg tau kan pad ape? hahahha. Kat bawah ni reaksi hitler pasal iPad, lawak :D.

Apa itu Broadband?

Adakah anda menggunakan broadband? Adakah anda betul-betul tahu apa itu broadband? Kalau korang kata Broadband ialah Celcom, Maxis atau DiGI ataupun korang kata Broadband ialah wireless. Anda memang SALAH! Broadband bukanlah bermaksud wireless dan tak terikat dengan mana-mana penyedia Internet wireless. Broadband dalam bahasa melayu ialah Jalur Lebar. Jalur lebar dalam tekomunikasi berkaitan dengan jumlah data yang dapat di bawa dalam satu-satu masa, lebih lebar lebar jalur itu maka lebih banyak data dan bandwidth boleh dibawa. Dalam term Internet, Broadband Internet ialah teknologi yang dapat menyalurkan data yang besar dalam satu-satu masa berbanding dengan dial-up.

Continue reading ‘Apa itu Broadband?’

Jom hack password Yahoo! Messenger

Aku tau, korang mesti nak tahu password Yahoo Messenger korang, samaada korang dah lupa password atau korang nak curi password Yahoo! Messenger member korang, memang jahat korg ni.  Kalau tak, takkan la boleh sesat sampai entri ni kan.

Berita baik, aku terjumpa satu software dulu masa menggogle masa aku terlupa password ym dulu, software ni boleh recover balik (atau curi) password yang berada dalam komputer. Tapi kena pastikan “Remember my ID & Password” telah di tick. Kalau tak, software ni tak boleh nak check password dia. Apa yang anda perlu buat ialah, download software Yahoo! Password Recovery bawah ni, dan run. Jangan risau, tak de virus.

Continue reading ‘Jom hack password Yahoo! Messenger’

Office 2010 : The Movie

Jom tengok video ni, aku jumpa masa jalan-jalan kat youtube. Berkaitan dengan Microsoft Office. Lawak betul, hahaha. :biggrin:

Kesian kat clippy tu, tengok jangan tak tengok.

Kenapa blog ni? hah!!

Tajuk tu bukan bermaksud perasaan marah dan bukan juga melepaskan kemarahan, tak marah pun. Sejak blog ni live, aku dapat banyak pertanyaan pelik-pelik dari member-member yang baca blog aku. Kebanyakannya soalan yang sama ditanya, dah penat aku nak jawab. Jadi aku terfikir, baik aku tulis siap-siap kat blog ni, kalau tanya bagi je link pegi entri blog ni, senang kerja aku. Aku tak marah pun ko nak tanye, tanya je takde hal lah. Tapi ntah mengapa jiwa ini tidak dapat menerima soalan yang sama dilontarkan berkali-kali menyebabkan perasaan kurang senang, hahaha. Bagi yang masih belum tahu, Blog beralamat www.imiahus.com ini adalah domain baru aku, dulu aku guna www.suhz.net. Harap maklum. Antara soalan-soalan yang ditanya…

Continue reading ‘Kenapa blog ni? hah!!’

Ready for double?


memang kenyang gile aku ptg ni. ntah macam mana boleh terorder double prosperity burger plak. tak muat mulut aku nak sumbat benda ni. apapun mmg puas hati la.